Terma & Syarat Program Agent

Karipap Pusing NH

Sila baca dan fahami terma berikut sebelum mendaftar sebagai agent. Dengan mendaftar, anda dianggap bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan.

1. Penjagaan Stok & Tuntutan Kerosakan

  • Setiap stok disediakan dengan penilaian QC, laporan bergambar dan video sebelum diserahkan.
  • Tuntutan produk rosak, pecah atau salah label mesti disertakan dengan video atau gambar semasa penerimaan stok.
  • Tuntutan tanpa bukti visual tidak akan diterima.
  • Kerosakan akibat kecuaian penyimpanan bukan tanggungjawab HQ.

2. Penjenamaan (Sticker Sendiri — Pakej C)

  • Minimum 300 pack untuk guna jenama sendiri dengan kelulusan HQ.
  • Reka bentuk sticker mesti mendapat kelulusan HQ dan wajib ada label "dihasilkan oleh Projek Berdikari RKNH Enterprise".
  • HQ tidak bertanggungjawab atas kos cetakan semula jika berlaku perubahan harga.

3. Etika & Komitmen Ejen

  • Ejen wajib menjaga imej dan reputasi HQ.
  • Sebarang sikap tidak profesional seperti fitnah, sindiran atau penjualan di bawah harga HQ boleh menyebabkan penamatan kontrak serta-merta.

4. Pemasaran & Jualan

  • Ejen boleh menjual di kedai, kiosk atau platform digital.
  • Harga jualan mesti tidak melebihi harga cadangan HQ.
  • Produk tiruan atau ubah suai resepi HQ adalah dilarang.

5. Pembatalan Status Ejen

  • Tiada restock selama 3 bulan berturut-turut.
  • Melanggar mana-mana klausa T&C.
  • Terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi HQ.

6. Polisi Pesanan & Pembayaran

  • Pesanan boleh dibuat Isnin – Khamis (sebelum 3.00 petang).
  • Senarai akhir pesanan & bayaran penuh mesti diterima selewatnya hari Khamis sebelum 3.00 petang.
  • Pesanan selepas waktu ditetapkan akan dikira untuk minggu berikutnya.
  • Tempoh siap: Pakej A (2–3 hari), Pakej B & C (3–4 hari).
  • HQ tidak akan menerima "urgent order" bagi menjaga kualiti & jadual produksi.
  • Hari Ahad adalah hari rehat bagi operasi HQ.

7. Penutup

Perjanjian ini ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Dengan mendaftar sebagai agent, anda dianggap bersetuju dengan semua syarat HQ Karipap Pusing NH.